Siapa je yang tak suka cheeseCheese telah menjadi kegemaran ramai, tanpa mengira usia!

Rata-rata semua makanan barat atau snek, mesti nak kena ada cheesePizza topping with cheese please? Cheesy wedges? Cheesy chicken? Mac and Cheese? Haa, semua mesti kena ada cheese baru rasanyaperfect dan padu!

Kalau nak tau, cheese bukan ada sejenis je tau... Ada pelbagai jenis keju di dunia ini. 

Kini, anda boleh dapatkan keju terkenal seluruh dunia di D'Artisan Cheese!

D'Artisan Cheese menghasilkan pelbagai jenis keju secara handmade yang berkualiti. Kesemua keju yang dihasilkan menggunakan bahan asli dan natural. Susu yang digunakan juga daripada susu mentah yang tidak dipasteurisasi.  

Anda boleh dapatkan pelbagai jenis keju seperti dairy, vegan, gluten-free dan plant based. Anda pasti boleh dapatkan keju mengikut kesesuaian diet anda! 

Sedikit sebanyak tentang D'Artisan Cheese yang unik ini...

D'Artisan Cheese diusahakan oleh Dexter yang memang gilakan cheese. Pada mulanya, Dexter bekerja sebagai pelabur hartanah selama 12 tahun. 

Disebabkan kegilaannya dengan cheese, Dexter mula mengeksperimen buat cheese untuk dimakan sendiri dan keluarga. Dexter mulakan dengan keju yang paling senang, iaitu Labneh (sejenis keju yang diperbuat daripada yogurt). Sambil belajar sendiri, Dexter juga suka sering berdiskusi dengan rakan-rakan yang merupakan cheesemaker juga. Akhirnya, Dexter berjaya untuk membuka perniagaan menjual keju pada bulan March, 2020.

Kini, Dexter berjaya menghasilkan lebih 57 jenis keju secara handmade. Sangat menakjubkan!

Kesemua keju sangat unik kerana keju luar negara juga boleh didapati di Malaysia. Kebiasaannya, pasaran tidak menjual keju yang mempunyai pelbagai pilihan. Yang paling best, dibuat dengan bahan asli di Malaysia dan mempunyai kualiti setaraf antarabangsa. 

Jom check out keju yang ada...

I dah cuba keju dari D'Artisan Cheese dan ini reviewnya:
 
1. String cheese

String cheese ini boleh dimakan bersama salad segar, crackers, atau sebagai topping untuk piza dan tortilla chips. Boleh juga dimakan begitu saja. Tarik lagi dan lagi... So fun.

I dah cuba salutkan dengan telur dan breadcumbs kemudian goreng, rasanya fuh padu! Tekstur keju yang sangat lembut dan boleh ditarik sangat menarik perhatian. Rasa keju yang segar tanpa perasa memang menambat hati. 

 

2. Hitam manis

Hitam manis ini merupakan campuran susu lokal dengan gula melaka asli. Kalau anda seorang penggemar kopi, it's best for you to paired with this cheese! 

Nampak hitam kan? Tapi tak tipu, rasa keju yang sederhana gabung dengan manis gula Melaka membuatkan anda nak lagi dan lagi... Sungguh enak dimakan begitu sahaja.

3. Cajun Queso​

Ini merupakan Mexican cheese yang mengandungi campuran susu lembu dan kambing. Rasa manis-manis masin memang perfect untuk seimbangkan rasa dalam sesetengah Mexican dish. 

Selalu makan potato chips macam tu je kan? I cuba campurkan dengan keju Cajun Queso yang disarankan oleh Dexter, umphh, satu paket potato chips pun tak cukup, lagi-lagi sambil Netflix!! 

4. Mysost​

 

Spreadable cheese, boleh dimakan dengan roti, sourdough, salad, epal hijau, anggur dan lain-lain. Rasa cheese pasti menyinari hari anda, yummylicious!

I tried this with plain crackers, rasa a bit masam but overall it goes well dengan rasa plain crackers. Next time, I akan cuba makan cheese ni dengan buah-buahan yang manis seperti anggur dan epal.

5. Gouda​

 

Gouda atau dikenali sebagai "How-da" ini merupakan keju Belanda. Nama ini diinspirasi oleh sebuah bandar di Belanda. Keju ini merupakan keju paling popular di dunia tau... Tak perlu pergi Belanda, dapatkan keju antarabangsa di sini sahaja. 

Dexter mengatakan bahawa semua kejunya dihasilkan menggunakan bahan yang halal, tidak mengandungi alkohol and pork!

Kalau you guys nak pergi piknik atau celebration meriah, D'Artisan Cheese juga menjual cheese box yang penuh dengan pelbagai cheese, buah-buahan dan crackers...

 

Source and article taken from SAYS.com

https://says.com/my/makan/d-artisan-cheese

By Ellina Chan — 09 Dec 2020, 04:48 PM (SAYS.com)